Misi & Visi

VISI

“Menjadikan Masjid Jamek Nurussaadah sebagai pusat ibadah, ilmu, dan kebajikan yang makmur, seterusnya menjadi rujukan utama umat Islam di kariah Taman Sejahtera dalam membentuk masyarakat yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia.”

MISI

  1. Memakmurkan masjid dengan pelaksanaan solat berjemaah, kuliah agama dan pengajian Al-Quran secara berterusan.
  2. Menyebarkan ilmu dan kefahaman agama melalui ceramah, kelas fardu ain, serta program pendidikan Islam untuk semua peringkat usia.
  3. Mengeratkan ukhuwah masyarakat kariah melalui aktiviti kemasyarakatan, kebajikan, dan gotong-royong.
  4. Menyantuni golongan memerlukan seperti asnaf, fakir miskin, anak yatim dan warga emas melalui program bantuan dan sumbangan.
  5. Membangunkan sahsiah remaja dan belia dengan menganjurkan aktiviti yang membina akhlak dan jati diri berlandaskan ajaran Islam.
  6. Meningkatkan pengurusan masjid yang sistematik dan profesional, demi memastikan keselesaan jemaah dan kelancaran aktiviti masjid.
Scroll to Top