Liga Masjid Nurussaadah 2025
Bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan memupuk ukhuwah antara ahli kariah, Masjid Jamek Nurussaadah akan menganjurkan Liga Masjid Nurussaadah 2025. Program ini diadakan sebagai platform rekreasi sihat yang menggabungkan sukan dan nilai ukhuwah Islamiah.
Matlamat Penganjuran
- Memupuk semangat kesukanan & persaudaraan sesama ahli kariah.
- Menarik minat golongan belia untuk aktif di masjid melalui aktiviti riadah.
- Melahirkan masyarakat yang sihat fizikal & mental berlandaskan nilai Islam.






