Sambutan Aidilfitri 2025
Masjid Jamek Nurussaadah dengan sukacitanya akan menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri 1446H / 2025M bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli kariah. Majlis ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan menjadi platform untuk kita saling bermaafan serta meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan.
